Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Awang

                                                          
                                              TAN SRI DATO' DR YAHYA BIN AWANG
Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Awang merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan dilahirkan pada tahun 1950. Beliau merupakan perunding Pakar Bedah Kardiotorasik di Pusat Jantung Damansara, Hospital Pakar Damansara, Selangor. Perkhidmatan beliau di hospital ini bermula Mac 2004. Beliau memperolehi Fellowship dari The Royal College of Surgeons and Physicians of Glasgow (FRCS) Scotland, United Kingdom. Di Hospital Royal Brompton, beliau mula berkhidmat pada tahun 1981 dan seterusnya di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1983. Pada Julai 1985, beliau dilantik sebagai Ketua dan Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik di Jabatan Pembedahan Kardiotorasik di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Pengarah Perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) bermula 22 Oktober 1998 sehingga 22 Oktober 2002. Kejayaan beliau yang paling besar adalah mengetuai pembedahan pintasan jantung keatas Tun Dr. Mahathir Mohammed 1989, merintis penubuhan Institut Jantung Negara Malaysia pada 1992 dan menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama kali di Malaysia pada 1998. Dr. Yahya merupakan salah seorang penerima Anugerah Merdeka 2013 dalam bidang Kesihatan, Sains dan Teknologi. Tan Sri Dato' Dr Yahya bin Awang juga merupakan Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Selain itu, jawatan yang pernah disandang oleh beliau semasa berkhidmat di UTM ialah Pensyarah, Profesor Madya, Jurutera Awam Khas, Ketua Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan, Timbalan Pengarah SPACE, Pengarah SPACE dan Profesor.

Comments